FOTO BERITA | Wanita perkukuh peranan dalam ekonomi & kepimpinan – Rodziah

FOTO BERITA: Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Parlimen Ampang bersama YB Puan Hjh Rodziah Ismail Ahli Parlimen Ampang di Grand Barakah Hotel Ampang, Selangor. 10hb Mac 2025 (Isnin)

Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Parlimen Ampang berlangsung dengan meriah di Grand Barakah Hotel, Ampang, Selangor, dengan kehadiran lebih 300 wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat. Majlis ini dirasmikan oleh YB Puan Hjh Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang, yang turut menyampaikan penghargaan kepada wanita atas sumbangan mereka dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Dalam ucapannya, YB Puan Hjh Rodziah Ismail menekankan kepentingan memperkasakan wanita dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan. Beliau turut menyeru agar lebih banyak inisiatif diwujudkan bagi memastikan hak dan kebajikan wanita terus terjamin.

“Wanita memainkan peranan penting dalam membangunkan keluarga, komuniti, dan negara. Kita harus memastikan mereka diberikan peluang yang sama dalam pelbagai bidang, termasuk kepimpinan dan keusahawanan,” katanya.

Acara ini turut disiarkan secara langsung melalui Facebook Live Harapandaily bole membolehkan lebih banyak dari yang ramai masyarakat mengikuti perbincangan mengenai peranan wanita dalam ekonomi serta perkongsian pengalaman daripada tokoh-tokoh wanita berjaya.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang majlis, termasuk sesi dialog bersama pemimpin wanita, bengkel keusahawanan, serta penyampaian anugerah penghargaan kepada wanita yang telah memberi sumbangan besar kepada komuniti setempat.

Majlis ini diharap dapat menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memperjuangkan hak wanita serta menggalakkan penyertaan mereka dalam pelbagai sektor pembangunan negara.
