Mantan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertandang ke SPRM lagi

Mantan perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertandang ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya sekali lagi hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera tiba di SPRM pada pukul 8.46 pagi.

Semalam, Ismail telah disoal sehingga 3.15 petang berhubung dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram.

Soalsiasat ini dijangka berterusan esok.

Kali pertama beliau disoalsiasat adalah pada 19 Feb. Ismail pengsan dan dimasukkan ke hospital pada 22 Feb kerana masalah tekanan darah.

SPRM menyoal siasat Ismail sebagai individu yang disyaki dalam penyiasatan yang membabitkan empat bekas kakitangan kanannya.

Ini ekoran daripada rampasan RM170 juta tunai dan 16 kilogram jongkong emas.

BACA JUGA: Selepas 5 jam disiasat, Ismail Sabri diarah datang kembali ke SPRM esok

Â