Tradisi bubur lambuk diteruskan di Bagan

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng meneruskan tajaan program memasak dan mengedarkan bubur lambuk di kawasan parlimennya.

Semalam ia dilaksanakan untuk jemaah dan ahli kariah Masjid Kubang Buaya.

Program ini merupakan tradisi sewaktu menyambut bulan Ramadan yang dilaksanakan selama lima hari berturut-turut oleh jemaah masjid.

“Bubur lambuk merupakan bubur nasi yang dimasak dengan rempah, santan, dan daging. Ia juga adalah merupakan juadah istimewa sewaktu berbuka puasa.

“Proses penyediaan bubur lambuk amat istimewa kerana ia dianggap rencam, namun hasilnya adalah bubur yang lazat.

“Pelbagai resepi di dalam penyediaan bubur lambuk ini mengikut sesuatu tempat, namun ianya melibatkan kerja gotong-royong serta edaran percuma kepada masyarakat, khususnya kepada golongan memerlukan dalam kawasan kariah Masjid Kubang Buaya.

“Saya turut dijemput untuk turut sama bagi mengedarkan bubuk lambuk buat anak-anak kariah Kubang Buaya sebagai juadah berbuka puasa.

“Semoga tradisi unik ini dapat terus dikekalkan dalam masyarakat di kawasan Parlimen Bagan,” kata Lim yang juga pengerusi DAP kebangsaan di dalam hantaran Facebook.

BACA JUGA: Beras putih tempatan dah ada di pasar raya ke belum? Ini respon Mat Sabu

Â