Kamil Munim sahkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda PKR
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan ketua pemuda PKR dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada bulan Mei.
“Insya Allah saya menawarkan diri sebagai ketua Pemuda PKR dan berharap diberi peluang untuk mengetuai Pemuda,” katanya yang kini timbalan ketua pemuda, lapor media.
Ketika ini, jawatan Ketua Pemuda PKR disandang Adam Adli Abdul Halim, yang juga timbalan menteri belia dan sukan.
Pada 8 Mac, Adam mengumumkan bertanding kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti nanti.
BACA JUGA: Anwar beri komitmen penuh laksana cadangan 10 tahun khidmat PM