Kampung Kandek, Dabong jadi kampung angkat LKTN
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) merupakan di antara agensi kerajaan yang telah ditugaskan menjadikan kawasan kampung di seluruh negara sebagai kawasan angkat.
Selaras dengan itu LKTN Kampung Kandek di Dabong, Kuala Krai telah dijadikan kampung angkat ekoran keperluan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan luar bandar ini.
Pengerusi LKTN Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata inisiatif ini unik dan menarik kerana ia membolehkan agensi kerajaan mengambil kampung angkat.
Rancangan ini akan menyaksikan para pegawai LKTN ditugaskan ke kampung berkenaan untuk membantu penduduk kampung memperoleh kemudahan asas mereka seperti projek naik taraf padang bola sepak dan kawasan rekreasi agar penduduk boleh bersenam dan kanak-kanak boleh bermain.
Kampung Kandek berada di bawah pengawasan ketua pengarah LKRN Wan Baharuddin Wan Ismail.
“LKTN akan berusaha menyelesaikan permintaan penduduk, termasuk padang bola sepak, yang bermasalah kerana pertindihan dalam tuntutan hak milik tanah,” kata Rahim.
Penyelesai masalah penduduk kampung
Fokus utama lembaga ini yang akan dibantu oleh agensi lain ialah mengatasi masalah kemiskinan, masalah pelajar yang tidak menyambung pelajaran, kesihatan awam, pengangguran, keselamatan, penyalahgunaan dadah dan kemudahan social.
Pegawai-pegawai LKTN telah dihantar ke kampung tersebut dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan isu berkaitan, kata Rahim.
Penekanan akan diberikan kepada usaha meningkatkan keyakinan dan kerjasama penduduk.
Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Dabong akan turut dilibatkan untuk memberi bantuan,” katanya lagi.
LKTN juga akan menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran berkenaan penanaman kenaf sebagai tanaman sampingan komersial selain komoditi lain di ladang seperti getah, kelapa sawit, padi dan kelapa.
Untuk tahun ini sahaja LKTN Kelantan bercadang menanam kenaf di kawasan tanah seluas 181.20 hektar. Dari jumlah tersebut, 121.20 hektar diperuntukkan untuk menghasilkan serat daripada kenaf dan baki 60 hektar untuk menanam tanaman untuk ternakan.
Untuk tembakau pula, LKTN Kelantan telah mengeluarkan permit untuk mengedar dan mengeksport tembakau ke 2,125 premis pada tahun lalu yang membawa masuk yuran lesen bernilai RM318,750.