Kota Bharu bumi bertuah yang sepatutnya makmur tetapi jadi mundur kerana..

Zaidi Yusof

Saya berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan masih punya ramai saudara mara di Kelantan.

Mula berhijrah sejak umur 13 tahun keluar dari negeri Kelantan untuk bersekolah, masuk U dan seterusnya bekerja dan akhirnya berniaga. Sejak itu hanya pulang ke negeri kelahiran hanya terhad pada masa cuti sekolah, cuti semester atau cuti musim perayaan bila sudah bekerja.

Pernah bermastautin dibeberapa tempat iaitu di Seremban, Dungun, Kuala Lumpur, Bangi, Penang, Shah Alam, Port Dickson, Kuantan dan akhir sekali sekarang menetap di Shah Alam. Saya dah pernah tinggal dan menyaksikan banyak bandar-bandar seluruh Malaysia. Saya juga sudah pernah menjejakkan kaki ke hampir 50 negara seluruh dunia.

Bukan nak menghina tanah tumpah darah sendiri tetapi membaca kenyataan ini membuatkan saya tertawa sendiri. Apakah mereka sedang bermimpi disiang hari?

Apa yang nak dibanggakan dengan Kota Bharu hari ini sampai boleh dijadikan role model? Perniagaan warga tempatan makin hari makin suram. Peluang perniagaan untuk rakyat amat terhad. Kegiatan budaya sudah hampir pupus.

Kemudahan infrastruktur masih jauh dari standard. Kebersihan tidak terjaga. Masalah sosial dan dadah tidak terbendung.
.
Kelantan adalah bumi bertuah yang punya banyak keindahan alam dan kaya dengan seni budaya yang jika pemerintah itu bijak memang mampu memakmurkan negeri ini.

Oleh kerana ianya diperintah oleh mereka yang tidak kompeten maka negeri ini semakin bergerak ke belakang.

Kalau nak dijadikan contoh kemunduran dan bagaimana negeri yang sepatutnya makmur tetapi menjadi mundur dek kerana kerajaan negeri yang gagal maka itu mungkin boleh dipertimbangkan.

BACA JUGA: Bila MP Kota Bharu nak jadikan MPKB role model, netizen kata sembang kari