Mansuh AUKU, perjuangan AMH untuk reformasi sistem pendidikan tinggi
Angkatan Muda Harapan akan meneruskan perjuangan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti sebagai sebahagian usaha reformasi sistem pendidikan tinggi.
“Sehubungan dengan itu, satu Jawatankuasa Bertindak Pemansuhan AUKU akan diwujudkan dalam pada itu untuk merangka segala gerak kerja berkenaan dengannya,” kata ketua penerangan AMH Ammar Atan dalam satu kenyataan.
“AMH percaya bahawa pemansuhan AUKU adalah langkah penting dalam mengangkat martabat mahasiswa serta memberikan mereka kebebasan akademik dan politik yang lebih luas.
“Justeru, AMH akan terus memperjuangkan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada anak muda, termasuk memperkukuh demokrasi kampus, memperbaiki akses kepada pendidikan berkualiti, dan memperjuangkan hak serta peluang ekonomi yang lebih adil bagi generasi muda.
“Dengan semangat solidariti dan reformasi, AMH komited untuk memastikan suara anak muda didengar dan dijadikan keutamaan dalam dasar-dasar kerajaan demi masa depan Malaysia yang lebih progresif dan inklusif.”
Akta ini disifatkan oleh ramai pihak sebagai undang-undang yang mengongkong suara mahasiswa.
Setakat ini beberapa pindaan telah pun dibuat ke atas AUKU.
BACA JUGA: Ini bukti pembangkang sekarang paling lemah dalam sejarah