Akaun TikTok Ebit Lew dengan 6.7 juta pengikut lesap kena ‘banned’
Pendakwah bebas, Ebit Lew mendakwa akaun TikTok miliknya dengan seramai 6.7 juta pengikut telah pun disekat.
Menerusi perkongsian video di Facebook, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menyatakan rasa sedih kerana kehilangan akaun yang banyak digunakan bagi menyebarkan bantuan kemanusiaan.
Ebit Lew turut meminta orang ramai untuk mengikuti akaun baharunya di TikTok, @ebitlewlive.
“Akaun TikTok saya yang mempunyai 6.7 juta (pengikut) dah tak ada. Hilang terus, tak boleh tengok lagi. Follow ya akaun baharu saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Carian mendapati akaun @ustazebitlew masih tidak muncul dalam senarai carian.
Sementara itu, beberapa akaun TikTok pempengaruh dan artis terkenal seperti Fahmi Reza, Uyaina Arshad, dan Reen Rahim juga pernah dilaporkan disekat sebelum ini.
BACA JUGA Seru penyokong tukar alamat mengundi, MP anggap Pas makin terdesak