Nasib Syed Saddiq ditentukan hari ini, apa kata Bella?
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mengetahui nasibnya hari ini apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya dijadualkan membuat keputusan terhadap sabitan dan hukuman empat tuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Pasangan kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang sohor kini di media sosial itu menegaskan tidak ada senjata yang lebih kuat daripada doa kepada Allah SWT, khususnya pada hari yang istimewa ini.
Sementara itu, Bella, 31, menerusi ciapan ringkas di platform X berkata, doa orang ramai mengiringi pemimpin muda berkenaan yang dua tahun lalu menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bella atau nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut memuat naik fotonya bersama Syed Saddiq, 32, melalui ciapan tersebut.
Pada 9 November 2023, Syed Saddiq telah didapati bersalah atas empat pertuduhan berkaitan dana Armada.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta terhadap peserta acara 113 Triathlon Desaru 2024 yang pernah dipersoalkan integritinya itu.
Syed Saddiq kemudian telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut.
Prosiding rayuan dijadualkan berlangsung selama dua hari, bermula hari ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Keputusan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan dibebaskan atau hukuman dikekalkan akan diputuskan selepas hujahan kedua-dua pihak selesai.
BACA JUGA Lelaki berjubah tampar pemuda ‘tak puasa’ didakwa hari ini