Ahli majlis DAP minat politik kerana khidmat Khalid Samad? Biar betul…
Tahukah anda DAP hari ini mempunyai seorang ahli majlis di Shah Alam kerana mantan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Ketika itu Khalid bersama Pas.
Ahli majlis Shah Alam Yogeswari Samynathan dari DAP mendedahkan bahawa minat beliau di dalam bidang politik bermula kerana khidmat yang diberikan oleh Khalid di Shah Alam.
“Saya lahir dan membesar di Shah Alam.
“MP pada masa itu adalah daripada Pas. Dia adalah individu yang luar biasa, YB Khalid Samad.
Pada waktu itu, masyarakat India kurang mendekati beliau kerana Pas sinonim dengan Islam.
“Seorang kawan keluarga saya yang bersama DHPP menjemput saya untuk membantu mengisi borang. Sejak itu saya minat politik.
“Saya berminat untuk membantu masyarakat ketika itu tapi tidak mempunyai wang. Saya bantu isi borang dan menyediakan dokumentasi untuk MP tersebut secara percuma,” kata Yogeswari.
Beliau berkata demikian dalam siaran TikTok Rocket_Tamil.
Khalid sekarang ialah pengarah komunikasi AMANAH dan pengerusi AMANAH Kuala Lumpur.
BACA JUGA: Seru penyokong tukar alamat mengundi, MP anggap Pas makin terdesak