Had tempoh PM: Ketetapan Hadi bukan ketetapan Allah
OLEH AHMAD MURSI
‘Fatwa’ terbaru Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang cadangan hadkan tempoh PM adalah ‘membelakangi ketetapan Allah’—hal yang menghairankan.
Waktu sekutu Hj Hadi kini (Tun M, Muhyiddin dan Azmin) bersama DAP hasilkan Manifesto PH PRU14, dah disebut untuk hadkan tempoh PM kepada 2 penggal. Hj Hadi senyap.
Semasa Kerajaan Tebok Atap, Muhyiddin dan Ismail Sabri nyatakan hasrat pinda perlembagaan hadkan tempoh jawatan PM. Duta Khas, Haji Hadi juga senyap.
Takkanlah hanya kerana usul itu diulangi semula oleh DAP kini maka terus keluar hukum itu ‘membelakangi ketetapan Allah’?
Tidaklah salah jika Hj Hadi punyai ijtihad bahawa hal itu tidak sesuai. Dia juga boleh terus menjadi presiden PAS atau dilantik semula sebagai Duta Khas hingga akhir hayatnya.
Tetapi, ‘ketetapan Haji Hadi’ dalam siyasah tidaklah boleh didakwa sebagai ‘ketetapan Allah’ secara muktamad.
Lagi pula, Hj Hadi tidak nyatakan dalil atau nas yang dijadikan sandaran bahawa menghadkan tempoh jawatan PM ‘membelakangi ketetapan Allah’. Lebih banyak kepada logik akalnya sahaja.
“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: ‘Ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah TIDAK AKAN BERJAYA.” (An-Nahl:116)
Dia juga bandingkan dengan zaman Khalifah. Praktis menyerahkan takhta kepada keturunan Sultan juga tidak berlaku pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ Rashidin.
Hal siyasah ini, perkara ijtihadi yang luas mengikut maslahah am ikut peredaran zaman.