Larangan kenderaan barangan dipandu sempena Aidilfitri
Larangan pemanduan kenderaan barangan akan dikuatkuasakan selama empat hari sempena Hari Raya Aidilfitri, umum Kementerian Pengangkutan.
Empat hari tersebut adalah 29 dan 30 Mac diikuti oleh 5 dan 6 April.
“Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.
“Selain daripada itu, Perintah Penurunan Had Laju Kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan melibatkan jalan-jalan persekutuan seluruh negara bersama-sama pelaksanaan road-ban ini bermula 28 Mac sehingga 6 April 2025,” kata Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan.
Jabatan Pengangkutan Jalan akan mengatur gerak pasukan penguatkuasaan secara aktif di seluruh negara menerusi pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 dan operasi bersepadu bersama pihak agensi- agensi penguatkuasaan yang lain untuk memastikan pematuhan terhadap larangan tersebut.
BACA JUGA: Tak perlu ketuai kerajaan menanti, tak perlu bermimpi jadi PM sekali lagi, Muhyiddin