Anwar umum lagi duit raya, kali ini untuk guru Kafa, imam, bilal
Selepas mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri untuk penjawat awam, malam ini Perdana Menteri mengumumkan pula bantuan tambahan kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan sebanyak RM250 akan diagihkan kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.
“Malam ini saya nak tambah kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu.
Petang tadi Anwar mengumumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara pesara kerajaan sama ada berpencen atau tidak berpencen.
BACA JUGA Pemindahan kuil: AMANAH seru bertenang, beri ruang proses perbincangan