Ini sebabnya perlu ambil iktibar daripada politik ekstrem di India
Oleh LIYANA MARZUKI
Saya ikuti isu “roboh kuil bina Masjid” yang dibangkit oleh suatu portal pro pembangkang. Portal ini di kalangan orang politik kita tahu dimiliki oleh seorang pemimpin yang mukanya dikaburkan.
Dalam artikel portal seolah-olah ia suatu provokasi kepada kaum India, ia tekankan kewajaran roboh Kuil beratus tahun, untuk digantikan dengan masjid?
Ia cover dan back up juga geng Ambiga. Menyokong tindakan mereka membela pengurusan kuil sebagai betul.
On the other hand, pihak terpaling kanan sudah buka langkah mainkan naratif “Islam terancam”. Keengganan pengurusan kuil nak berpindah untuk digantikan dengan masjid, dijadikan peluru isu kaum.
Sebab kita ini dah terbiasa dengar dan lihat black ops politik, untuk main politik kaum dan agama. Apa-apa naratif macam ni, kita pun cautious juga. Nak tengok akai depa ke mana?
Faktanya, tanah kuil itu telah dijual kepada syarikat Jakel sejak tahun 2012.
Rundingan demi rundingan telah dilakukan untuk uruskan isu pemindahan.
Mereka juga katakan, tuan tanah dah berniat untuk wakafkan tanah yang dibeli untuk dibuat masjid.
Namun, sebab kuil masih beroperasi, mereka masih berunding.
Pada saya, sebab ini bukan isu jual tanah biasa. Kita kena sedikit sensitif. Nak dirobohkan rumah ibadat orang lain. Kita pun kalau orang lain robohkan rumah ibadat kita, takkan boleh diam punya.
Makanya, carilah solusi menang-menang.
Pengurusan kuil juga kena faham, tanah itu dah milik orang. Mereka tak boleh terus menerus di situ. Perlu ikhtihar untuk cari tapak lain.
Yang belah sini pun juga, kalau boleh pindahkan kuil secara hormani, jangan dirobohkan.
Kalau boleh bina masjid dan kuil bersebelahan pun, tidak jadi hal. Itu semangat Malaysia. Boleh hidup beragama sama-sama.

Jadikan politik di India sebagai pengajaran.
Mereka berbalas-balas merobohkan. Kuil diganti masjid. Masjid diganti kuil, sebagai naratif pancing undi, politikus yang mainkan isu kaum dan agama dalam politik.
Di Malaysia pun ada politikus dangkal. Yang ambil kesempatan. Walaupun ini kes pihak swasta antara penjual dan pembeli.
Ada pulak belah sana dia cucuk lain, belah sini dia cucuk lain. Divide and conquer yang mereka masih mainkan kita.
Kita pengundi biasa. Seperti biasa, jangan cepat melompat. Ambil masa menghadam isu dan jangan terikut dengan geng politik yang cuba ambil kesempatan.
BACA JUGA Telur ayam diseludup ke luar negara? Ini penjelasan Menteri Pertanian