Pakaian MB ketika bersama Anwar di Terengganu dapat sindiran tajam

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang hanya mengenakan kurta semasa menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, mengundang sindiran tajam warganet.

Penampilan Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden Pas itu disifatkan tidak mematuhi protokol pakaian rasmi apabila menghadiri majlis rasmi kerajaan.

Malah, Ahmad Samsuri satu-satunya pemimpin tidak mengenakan songkok semasa sesi bergambar dengan Perdana Menteri.

Kegagalan pemimpin Pas itu mengekalkan imej profesional dan menghormati etika rasmi kerajaan dilihat berbeza dengan Anwar merangkap Menteri Kewangan serta barisan kepimpinan negeri yang mengenakan Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok.

Rata-rata mengecam pemimpin Pas berkenaan kerana dilihat tidak menghormati majlis rasmi kerajaan yang melibatkan ketua kerajaan yang memimpin pentadbiran eksekutif negara.

“Rupanya sempat lagi PMX buat kunjungan ke Bangladesh bulan puasa ni,” sindir pengguna Facebook, Zainodin Daros.

“Pandai pula walaun minta duit pada PMX. Kalau tak, bukan main hina, caci, fitnah PMX,” tempelak Saif Iman.

“Dr Sam bagi hint yang dia tak hormat sangat dengan PMX,” ujar Dasuki Hamid.

“Nak tunjuk dia pun ada stail,” kata Wan Fadzil pula.

BACA JUGA Polis dedah ramai pengasas produk, pempengaruh di Kelantan ‘bisnes’ dadah