Rupanya bisnes baju Melayu boleh cecah RM1 bilion
Oleh EZREEN MUHAIZIE MARZUKHI
1) Elrah
- Jualan 2024 RM200 juta.
- Kalau jualan meningkat 15% seperti tahun lalu, mereka akan menjana RM230 juta pada tahun ini.
2) Jakel
- Tahun 2024, Jakel mengeluarkan 3 juta pasang baju melayu ketika musim raya.
- Jika 50% terjual menyamai 1.5 juta pasang baju.
- Tahun ini, mereka sasarkan peningkatan 30%, bersamaan 1.95 juta pasang baju.
- Purata harga sepasang RM150, maka jangkaan jualan tahun ini adalah RM292.5 juta.
3) Bulan Bintang
- Tahun ini, hadiah peraduan disediakan pun berjumlah RM10 juta.
- Tahun lepas mereka menjual 1.3 juta pasang.
- Sasaran jualan tahun ini? 1.5 juta pasang.
- Purata harga sepasang RM150, menyamai RM225 juta sasaran jualan tahun ini.
Jika dihitung total jualan mereka mencecah hampir RM750 juta setahun!
Sangat hebat jika mengambil kira bisnes mereka bermusim sekitar dua ke tiga bulan sewaktu raya.
Tetapi kita tahu bisnes seperti ini berjalan sepanjang tahun tanpa henti.
Baki 9 bulan lagi sebenarnya waktu yang lebih genting kerana itulah waktu untuk perancangan trend baru, persiapan stok berjuta-juta pasang dengan kilang, kemudian merancang pemasaran, melantik duta dan memasarkan iklan secara berterusan untuk melariskan jualan.
Tidak mustahil jika jualan mereka kekal meningkat 15% setahun, dalam tempoh 2 tahun lagi The Big 3 ini mampu mencapai jualan RM1 bilion.
BACA JUGA Pakaian MB ketika bersama Anwar di Terengganu dapat sindiran tajam