50 Anak Asnaf DUN Kota Anggerik Diraikan dengan Pakaian Raya di Jakel

FOTO BERITA: Program Ehsan Aidilfitri DUN Kota Anggerik bersama YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Merangkap ADUN Kota Anggerik di Jakel Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 22hb Mac 2025 (Sabtu)

Seramai 50 anak asnaf sekit,ar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik dibawa membeli pakaian raya di pusat pakaian Jakel, Seksyen 7, hari ini.

YB Mohd Najwan Halimi, ADUN Kota Anggerik merangkap EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, berkata program ini diadakan hampir setiap tahun bagi menceriakan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dalam menyambut Aidilfitri. Sebanyak RM5,000 diperuntukkan untuk tujuan ini.

“Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kita untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan di DUN Kota Anggerik. Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga penerima menjelang Syawal,” katanya ketika ditemui selepas Program Ehsan Aidilfitri DUN Kota Anggerik di Seksyen 7, Shah Alam.

Dalam pada itu, YB Najwan turut memaklumkan bahawa 900 individu akan menerima baucar Jom Shopping Aidilfitri bernilai RM200, dengan penyerahan dilakukan petang ini di Pasaraya Giant, Seksyen 13.

“Inisiatif tahunan ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan penerima dalam membuat persiapan hari raya,” ujarnya.

Secara keseluruhan, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM7.2 juta untuk pengagihan 36,350 baucar bernilai RM200 kepada keluarga berpendapatan rendah di Selangor bagi sambutan Aidilfitri tahun ini.









