Rakyat Malaysia lebih gembira, ini antara sebabnya

Hasil kaji selidik firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd membuktikan bahawa rakyat Malaysia lebih gembira di bawah pentadbiran kerajaan Perpaduan dan hala tuju negara.

Sebanyak 71 peratus percaya berada di landasan yang betul.

Keyakinan rakyat ini telah meningkat sebanyak 19 peratus berbanding tahun lalu.

Sebanyak 72 peratus rakyat Malaysia yakin berkenaan keadaan ekonomi semasa.

Peratus ini meningkat sebanyak 33 peratus sejak setahun lalu.

Keyakinan pengguna telah meningkat, mengatasi purata global.

Kegembiraan rakyat juga adalah disebabkan pelbagai faktor yang diusahakan oleh kerajaan.

Antaranya pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15% yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Baru-baru ini dividen KWSP sebanyak 6.30 peratus diumumkan. Tabung Haji pula menawarkan dividen 3.25 peratus.

Sempena Aidilfitri, penjawat awam akan menerima bantuan khas sebanyak RM500 manakala pesara berpencen menerima RM250/

Harga barang keperluan juga lebih murah berbanding pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional dahulu.

Harga minyak masak hanya RM15.90 berbanding RM33.50 di bawah PN.

Sepapan telur gred A bernilai RM12.60 dan bukannya RM15.30 seperti di bawah PN.

Harga ayam sekilo pula dibawah RM9.00 berbanding dengan harga ketika pentadbiran PN – RM13.70.