Berita baik untuk penjawat awam di Terengganu sempena Aidilfitri
Berita baik untuk penjawat awam di Terengganu diterima hari ini.
Kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 untuk penjawat awam di Terengganu.
BKKA ini akan dimanfaatkan oleh lebih 14,000 penjawat awam di Terengganu dan ia akan disalurkan sebelum Aidilfitri, umum Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media.
“Kerajaan Madani kekal komited dengan prinsip kesaksamaan dan pendekatan yang manusiawi agar kemakmuran negara dapat dirasai secara bersama, sejajar dengan wawasan Menaikkan Lantai dalam kerangka Ekonomi Madani.”
Bantuan ini diberikan meskipun kerajaan Terengganu adalah dibawah pimpinan Pas yang menganggotai Perikatan Nasional.
BACA JUGA: PN dicabar namakan calon PM, MB Perak