Dulu saya puji Dr Sam, tetapi sejak terdedah ni..

OLEH: LIYANA MARZUKI

Dulu saya puji Dr Sam ni. Dia lain dari yang lain. Operator senyap belakang scene. Tak pernah dengar dia bangkit isu kaum dan agama. Nampak buat kerja sahaja.

Namun, lepas kantoi bercuti di luar negara, ketika banjir. Ada terpalit isu jual tanah kepada NGO isteri. Saya tarik handbreak.

Masa dia gred Kerajaan Madani gred D dalam KS. Saya boleh terima lagi. Ya, masa tu nampak Madani a bit struggle dalam ekonomi. Tahun ni baru nampak sedikit baik.

Namun kalau anda boleh gred orang lain, orang lain pun boleh gred anda juga.

Semalam Kerajaan Madani umum bonus RM500 untuk penjawat awam negeri. Yang secara keseluruhannya lebih 14,000 orang. Walhal populasi hanya 1.2juta.

Berbanding Kelantan populasi lagi banyak, tapi lebih kecil saiz penjawat awam. Penang tak payah cerita lah.

Hasil negeri Terengganu pun boleh tahan ya. Tetapi lebih separuh diperuntukkan untuk elaun dan kenaan tetap. Hanya berlegar di kalangan lantikan politik dan penjawat awam. Dana pembangunan mereka lebih kecil pula.

Percayalah, kalau tuan puan kaji, negeri SG4 ni Kerajaannya tak miskin. Kaya ya dan banyak hasil. Cuma cara mengurusnya menyebabkan rakyat negeri mereka jadi miskin.

Seperti kata pemimpin Pas dulu, pembangunan memang sengaja dilambatkan di negeri mereka.

Bukan sebab tiada hasil dan dana, kerana memang hasrat mereka nak kekalkan rakyat sebegitu.

Betul kata pujangga, “kemiskinan itu mendekatkan diri kepada kekufuran”.

Senjata politik kepada mereka. Kumpul pewala seramai mana.

BACA JUGA: Dulu Pas sedia bukan Melayu jadi MB, sekarang sudah ‘U-turn’