Padah hina agama Islam dan Al-Quran, Prem Esaan dicekup polis
Seorang lelaki yang menggunakan akaun Facebook Prem Esaan ditahan polis hari ini selepas didakwa menghina Islam, ayat al-Quran dan Nabi Muhammad SAW.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada jam 2.30 petang.
“Polis telah merampas telefon bimbit suspek untuk siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya hari ini.
Terdahulu, lelaki berkenaan didakwa sengaja menimbulkan kontroversi dan ketegangan antara kaum dengan menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).
‘Posting’ lelaki itu sebelum ini didapati banyak menghina agama Islam, bertujuan membangkitkan kemarahan umat Islam
Beberapa tangkap layar memaparkan hantaran individu berkenaan juga tular antaranya menyentuh isu perkauman dan agama malah membuat provokasi berkaitan insiden rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman pada 2018.
BACA JUGA 3 Mac lagi McD dah siar ustazah yang ‘disegani’ akan bagi tazkirah