Tiga kelebihan yang Terengganu ada untuk jana hasil

Oleh NAJIB BAKAR

Perlis pun boleh bagi duit raya RM500 kepada penjawat awam negeri.

Mai tang Terengganu, dok pusing tak habis-habis pasal royalti apabila PMX bagi sumbangan duit raya.

Walhal, sewaktu Pas dalam kerajaan, kenapa tiada usaha gubal Akta Wilayah 2012 berkenaan jarak tiga batu nautika?

Mengapa ketika itu terima saja penjelasan Kementerian Kewangan yang kata dah tak ada royalti?

Sangat penting seseorang MB yang boleh fikir untuk jana hasil negeri mengikut kreativiti dan kekuatan negeri sendiri.

Jangan tumpu kepada royalti minyak dan gas semata-mata kerana pertikaian undang-undang akan ambil masa yang panjang.

Perdana Menteri dan Ahmad Samsuri semasa menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu baru-baru ini.

Apa yang Terengganu ada untuk menjana hasil?

1) Pelancongan. Terengganu ada banyak pantai awam, tapi tiada fasiliti yang baik. Bandingkan dengan Pantai Teluk Kemang di Port Dickson.

2) Ekonomi biru. Selain aktiviti perikanan dan akuakultur, boleh juga fokus industri pembinaan kapal moden. Boleh juga kaji tenaga boleh baharu melalui laut iaitu teknologi Penukaran Tenaga Haba Lautan atau ocean thermal energy (OTEC).

3) Pertanian moden. Terengganu masih banyak tanah yang boleh dijadikan bakul makanan negara. Banyak hasil tanaman yang kita import selama ni, bermaksud peluang untuk berkembang sangat tinggi. Tapi ianya perlu dalam skala besar menerusi pertanian moden.

Minyak dan gas di perairan Terengganu akan habis satu hari nanti. Benda tu finite, tidak akan kekal.

Kerajaan negeri yang bertanggungjawab harus memikirkan dari sekarang apa industri baru yang boleh dibangunkan di Terengganu.

Lihat contoh usaha Kerajaan Pusat supaya fasiliti minyak dan gas Terengganu yang telah ditinggalkan masih dapat menjana hasil.

Industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS). Apa idea dari kerajaan negeri?

Wallahu a’lam.

Selepas 7 tahun jadi MB, belum ada idea jelas untuk masa depan Terengganu.

Cuba ambil contoh Arab Saudi bagaimana pendapatan negara sudah tidak lagi berharap 100% kepada minyak.

BACA JUGA MP PN ini akui beruntung buat umrah 10 hari terakhir Ramadan, netizen pula luah harapan