Baru tahu sebesar ini jumlah zakat dibayar Sultan Ibrahim

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mendapat perhatian rakyat jelata selepas memaklumkan jumlah zakat yang dibayar baginda tahun ini.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat sebanyak RM10 juta.

Baginda berkongsi beberapa keping gambar ketika melafazkan pembayaran zakat harta di Facebook rasmi baginda semalam

Cek zakat diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Hasrin Kamal Hashim.

Penyerahan cek tersebut turut disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

BACA JUGA Empat tahun lalu, lapan rumah ibadat bukan Islam dapat tapak ganti