Empat tahun lalu, lapan rumah ibadat bukan Islam dapat tapak ganti
Usaha pemindahan rumah ibadat bukan Islam ke tapak ganti baharu bukanlah usaha baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan Madani.
Ada dahuluan yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu Datuk Seri Dr Santhara JP yang juga pengerusi mesyuarat jawatankuasa ekskutif (MJE) rumah ibadat bukan Islam dalam surat bertarikh 14 April 2021.
Sebanyak lapan rumah ibadat bukan Islam telah menerima tawaran pendudukan sah daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan di tapak ganti baharu.
Kesemua lapan rumah ibadat bukan Islam tersebut adalah kuil Hindu dan telah menerima tawaran tersebut pada 22 Disember 2020 dan 14 April 2021.
Surat tersebut masih terpampang di laman Facebook Santhara.