Kakitangan Terengganu berganda, produktiviti ke laut
OLEH AHMAD MURSI
Tahun 2017 (BN), kakitangan kerajaan negeri Terengganu cuma 7,000. Tahun 2018 bila PAS menang, jadi 12,000. Sekarang 2025, dah cecah 14,000.
PAS memang laju dan rakus lantik orang sendiri dalam kerajaan negeri, tahun pertama lagi dah 5,000 masuk.
Maksudnya, manfaat wang ehsan saban tahun, lebih banyak masuk poket ahli PAS daripada rakyat.
Tapi MB PAS kata, kalau rakyat dapat duit raya, “kejap je habis licing.” Jadi dikurangkan.
Walaupun staf naik sekali ganda, produktiviti tak naik juga. Hasil kerajaan negeri cuma 13%. 87% datang dari wang ehsan. Negeri lain jauh lebih berdikari.
Rakyat Terengganu 1.2 juta, kakitangan 14,457. Pulau Pinang 1.8 juta, kakitangan cuma 4,022. Kenapa PAS lantik ramai sangat?
Sebab tu saya sokong bila PMX tetapkan wang ehsan hanya diberi lepas perbelanjaan dibentangkan.
Harap manfaatnya balik kepada rakyat, bukan jadi ‘ghanimah’ untuk ahli PAS.
Yang dilantik buat kerja parti, tapi gaji dari wang ehsan. Bukan bantu naikkan hasil negeri.
Asyik hentam kerajaan Madani, tapi kerajaan Madani juga yang bayar bonus raya kakitangan yang terlebih lantik tu.
BACA JUGA: Berita baik untuk penjawat awam di Terengganu sempena Aidilfitri