Sel kanser di paru-paru sudah merebak ke otak saya
Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos yang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang mengesahkan bahawa sel kanser yang berpusat di paru-paru sudah merebak ke otaknya.
“Sebelum itu, saya mengalami kesakitan di leher dan kepala ketika memasak di rumah.
“Selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnet (MRI), doktor mendapati sel kanser yang sebelum ini di bahagian paru-paru kini merebak ke bahagian otak sebesar tiga sentimeter (cm),” katanya, hari ini.
Sebelum ini Jamal beberapa kali dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan untuk kanser paru-paru tahap empat.
Kesihatan beliau merosot sejak September 2022 menyebabkan beliau lemah dan hilang berat badan.
BACA JUGA: Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam murid mulai 21 April