Setiausaha politik Anwar sifatkan kejadian kasari peniaga belon perbuatan keji

Setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kamil Munim menyifatkan kejadian di mana penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengasari peniaga belon sebagai perbuatan keji yang tidak boleh diterima.

“Apa sahaja alasan dari pihak Bandaraya tidak boleh sama sekali menghalalkan tindakan keji dan biadab seperti itu.

Beliau menambah perbuatan pihak DBKL itu tidak mempamerkan sifat manusiawi sempena bulan Ramadan.

“Apa erti berpuasa dan beramal di bulan Ramadan sekiranya ia gagal memanusiakan kita serta tidak mempaculkan sikap ihsan dan belas pada yang tidak berkemampuan.

“Ramadan mesti memperteguh sikap kemanusiaan dan meningkat tahap keperibadian.

“Sementara menunggu laporan penuh pihak berkuasa, saya mengecam tegas Tindakan tersebut dan menggesa siasatan tegas segera dijalankan terhadap mereka yang terlibat.”

Beliau berkata demikian menerusi X sebagai reaksi kepada kejadian yang menyaksikan peniaga belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman dikasari oleh penguatkuasa DBKL malam tadi.

Rakaman kejadian tersebut telah tular di media sosial.

BACA JUGA: Pengalaman berbuka puasa di awan