Kebakaran berhampiran lebuh raya, apa puncanya?

Satu video kebakaran berdurasi lima saat tular berhampiran Lebuhraya ELITE di antara Subang Jaya dan Puchong, menyebabkan penduduk sekitar dan pengguna lebuh raya risau.

Video tersebut dari akaun Subang Echo.

Ahli parlimen Subang, Wong Chen telah mengesahkan bahawa kebakaran tersebut adalah berpunca daripada letupan saluran gas di stesen petrol Petronas di Putra Heights.

Bomba dalam perjalanan untuk memadamkan api, Wong berkata menerusi akaun media sosialnya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang turut mengesahkan perkara tersebut.

“Kebakatan berlaku di Jalan Putra Harmoni. Pasukan bomba dari Subang Jaya, Shah Alam dan Puchong sudahpun dihantar ke tempat kejadian,” jurucakap tersebut dilaporkan berkata.