Kebakaran di Putra Heights: Ini jumlah kerosakan

Hampir 200 rumah kediaman mengalami kerosakan ekoran daripada letupan dan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Menurut pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail sejumlah 190 rumah, 148 kereta dan 11 motorsikal rosak kerana bahang api panas dan api yang marak.

“Anggota kami sedang menyejukkan kawasan rumah terbabit yang telah alami kerosakan.”

Rumah-rumah tersebut terletak di Kampung Tengah, Kampung Kuala Sungai Baru dan Taman Harmoni.