Kebakaran di Putra Heights: Rumah musnah, mangsa peroleh RM5000
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan kewangan RM5000 untuk setiap rumah yang musnah terbakar dalam kebakaran yang disebabkan oleh letupan saluran gas di Putra Heights.
Sejumlah RM2500 diperuntukkan untuk setiap keluarga di mana rumah mereka terjejas.
“Untuk langkah segera, untuk satu, dua hari ini, Petronas, dan kalau perlu Kerajaan Persekutuan, akan lihat keperluan menambah, akan menyediakan bagi rumah-rumah yang rosak sepenuhnya itu diberikan RM5,000 segera supaya mereka dapat belanja sementara. Dan yang terkesan, iaitu 100 lebih lagi (rumah) itu diberi RM2,500,” kata beliau kepada media selepas melawat tempat kejadian.
Anwar turut menyatakan bahawa kerajaan negeri turut memberikan Kerjasama dengan penyediaan pusat perumahan sementara sebagai langkah sementara.
“Rumah-rumah ini, dari perbincangan kita dengan KPKT, Kerajaan Negeri dan Petronas, tidak mungkin dapat dipulihkan dalam masa yang terlalu singkat.”
Beliau turut menasihatkan mangsa agar tinggal di PPS buat sementara waktu.