Xi Jinping ke Malaysia?

Presiden China Xi Jinping dijangka membuat lawatan tiga hari ke Malaysia.

Menurut laporan South China Morning Post, lawatan tersebut adalah sebahagian daripada lawatan tiga negara ke Asia Tenggara untuk mengeratkan hubungan China dengan Asia Tenggara dalam mendepani pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Selain Malaysia, Xi juga akan melawat Vietnam dan Cambodia.

Siri lawatan ini akan bermula pertengahan bulan ini.

Lawatan ke Malaysia adalah lanjutan daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada bulan November tahun lalu.