Malaysia seru kerjasama semua negara jiran lonjak keupayaan ASEAN
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia memerlukan kerjasama semua negara jiran termasuk Indonesia bagi melonjakkan keupayaan negara sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan di benua ini dan juga seluruh dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menerima kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto di pejabat hari ini.
Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri memanfaatkan sepenuhnya hubungan erat persahabatan kedua-dua negara yang terjalin khususnya mengukuhkan lagi lebih banyak kegiatan perdagangan membabitkan pengusaha Indonesia dan Malaysia dalam pelbagai sektor terkait.
“(Pertemuan) membincangkan perkembangan kerjasama dua hala melibatkan Malaysia dan Indonesia.
“Keutamaan kami pastinya mengukuhkan dan memperbaharui sinergi ekonomi hatta mencerminkan komitmen untuk memupuk kerjasama yang kukuh antara Indonesia dan Malaysia ke tahap lebih baik lagi di masa hadapan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
BACA JUGA Malaysia bakal terima kilang baharu ekoran tarif tinggi di negara ASEAN lain