Pasport Malaysia ketiga terkuat di Asia, 37 di dunia
Indeks Pasport Nomad menyenaraikan passport Malaysia sebagai passport ketiga terkuat di benua Asia dan di tempat ke-37 dunia.
Indeks yang dikeluarkan syarikat perundingan imigresen dan percukaian Nomad Capitalist ini menganalisa passport berdasarkan lima kriteria:-
visa dan kemudahan membuat perjalanan (50%)
dasar percukaian 20%)
persepsi global (10%)
kemudahan memperoleh dwi kewarganegaraan (10%)
kebebasan peribadi (media, khidmat negara wajib dan sebagainya (10%).
Ia turut merujuk Laporan Kebahagiaan Dunia dan Indeks Pembangunan Manusia PBB.
Malaysia memperoleh skor berikut berdasarkan kriteria yang telah disebutkan di atas.
Visa 170
Percukaian 40
persepsi global 40
Dwi kewarganegaraan 10
kebebasan 40
Secara keseluruhannya Malaysia memperoleh 102 mata.
Jepun turut berkongsi kedudukan ke-37 bersama Malaysia.
Dua negara Asia lain yang menduduki kedudukan lebih tinggi berbanding Malaysia ialah Singapura di tangga ke-26 dan dan UAE di tangga ke 10.
Negara yang memperoleh tempat pertama ialah Ireland dengan 109 mata.