Satu media dikecam, jadi penyebab kutuk mengutuk dalam Facebook

Sebuah syarikat media telah dikecam oleh warganet kerana tidak memainkan peranan sebagai media yang bertanggungjawab, sebaliknya tajuk berita sensasi yang diletakkan di Facebook menjadi sebab warganet kutuk mengutuk.

Ini kerana tajuk berita luar negara disensasikan seolah-olah kejadian tersebut berlaku di tanah air.

“Kau orang pengamal media sangat memahami kesan daripada penulisan…Bukan sekali dua, dah puluh kali kau cedok berita luar terutama daripada negara Indonesia dan menulis tajuk sensasi seperti.

“Kau tahu apa kesannya?

“Sebahagian pembaca cuma membaca tajuk lalu mengulas ikut nafsu sendiri. Yang jadi mangsa cemuhan adalah agensi dalam negara kita sendiri.

“Yang kedua, yang membaca pula sangat suka isu-isu macam ini untuk kutuk-mengutuk.

“Aku pun kadang-kadang sama macam mereka. Jadi aku minta bos kau tolonglah pantau anak-anak buah ni. Ke bos pun sama,” kata seorang pengguna Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook menegaskan perbuatan media sebegini menyebabkan agensi kerajaan dimangsakan

“Tajuk besar latar belakang berwarna “Jururawat Rogol Pesakit Dalam Ambulan Beramai-ramai”.

“Beribu2 komen walaun menganjing agensi kerajaan zaman madani. Mereka yang click link berita dalam comment section sahaja yang tahu ia adalah kejadian di sebuah wilayah pendalaman Mozambique.

“Apabila saya berkata “Yahudi” yg dikecam oleh Allah dan Rasul bukan merujuk kepada Yahudi as a collective people hari ini, ramai orang Melayu feel uncomfortable.

“Sebenarnya jika kita keep in mind bahawa we are capable of being worse offenders than Jews, it makes us be more wary of ourselves.”