Kemaskini bantuan untuk mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights

Berikut adalah kemaskini bantuan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari seminggu sejak kebakaran saluran paip gas tercetus di Putra Heights.

Sebanyak 151 rumah disahkan selamat dan pemunya-pemunya dibenarkan mendudukinya semula.

Sebanyak 437 diperiksa oleh pasukan teknikal.

Sebanyak 81 musnah sepenuhnya, 81 lagi separa musnah dan 57 terbakar tetapi mempunyai struktur utuh.

Baki 218 rumah tidak terkesan.

Anggara nilai kerosakan bagi rumah sahaja ialah RM65.4 juta manakala anggaran nilai yang telah diselamatkan ialah RM285.9 juta.

Sebanyak 219 keluarga yang telah didaftarsahkan akan menerima bantuan kerajaan.

Sebanyak RM10,000 kepada pemilik yang rumahnya musnah sepenuhnya, iaitu RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5,000
daripada pihak Petronas.

Bantuan sebanyak RM5,000 pemilik yang rumahnya separa musnah, iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM2,500 daripada pihak Petronas.

Bantuan sebanyak RM5,000 kepada penyewa rumah, iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan, dan RM2,500 daripada Petronas.

Kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan selama 6 bulan kepada setiap keluarga yang terkesan untuk membolehkan mereka menyewa rumah sementara rumah sedang diperbaiki ataupun dibina semula.

Sejumlah RM7.356 juta diperuntukkan untuk keseluran 617 keluarga.

Para pelajar juga menerima bantuan. Seramai 28 pelajar di pusat pemindahan sementara mendapat pengangkutan percuma ke Sembilan buah sekolah.

Pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) akan memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada 265 pelajar bagi membolehkan mereka membeli keperluan asas yang termusnah akibat kebakaran.