PM Anwar: Usaha tingkatkan hubungan ekonomi, bina semula Syria

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia bersedia meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang ekonomi dengan Syria dan menyumbang dalam usaha pembinaan semula negara Timur Tengah tersebut.

“Saya telah mengucapkan tahniah kepada Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, atas pembentukan kerajaan Syria yang baharu,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

“Malaysia komited untuk meningkat hubungan dua hala, khususnya dalam bidang ekonomi, dan bersedia menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur serta menyumbang kepada usaha pembinaan semula Syria.

“Presiden al-Sharaa juga telah menjemput saya untuk melawat Syria sebagai usaha mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.”

al-Sharaa telah mengumumkan pembentukan kabinet baharu pada minggu lalu.

Sebelum ini Syria diperintah oleh rejim Bashaar al-Assad.

BACA JUGA: Anwar sangat dihormati Prabowo, ini isu dibincangkan PMX dan Presiden Indonesia