Semua setuju perkukuh kuasa Islam tapi bukan ‘Islam Pas’
Tulisan kontroversi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang bertajuk “Perkukuhkan kuasa Islam di Malaysia untuk selamatkan negara” dilihat hanya mengundang kecaman orang ramai.
Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) antara lain mendakwa wujudnya usaha untuk meminggirkan dan melemahkan kedudukan Islam serta memurtadkan orang Islam.
Menjengah ke ruangan komentar hantaran artikel itu di platform X, rata-rata membidas dan menyindir Pas yang dilihat berterusan menghasut rakyat menerusi siri artikel yang dimuatkan dalam Minda Presiden itu.
Tiada seorang pun membantah seruan untuk memperkukuhkan kuasa Islam di negara ini tetapi menolak pengukuhan kuasa parti yang ‘menunggang’ Islam.
Malah, usaha untuk memperkukuhkan kuasa Islam sudah, sedang dan akan dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan MADANI yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Setuju! Perkukuhkan kuasa Islam tetapi bukan Islam Pas. Sesungguhnya Islam Pas amat menyesatkan, kata pengguna X, Nazril Iznil.
Dalam masa sama, netizen mengingatkan bahawa Pas sendiri yang menjatuhkan kuasa Islam dengan berleluasanya fitnah.
Bahkan, sentimen politik kebencian bertopengkan Islam disifatkan telah lama disemai Pas sejak tercetusnya Amanat Hadi di Banggol Peradong, Terengganu pada April 1981.
“Dalam tak sedar, Pas sendiri yang merendahkan martabat Islam. Fitnah berleluasa. Cakap tiada adab. Mempertikaikan segalanya. Cepat menuduh tanpa usul periksa. Keluar dalil halal setiap kali kesalahan berlaku. Janji syurga,” tempelak Azam Ramli.
Sehubungan itu, masyarakat Melayu terutamanya diseur supaya sentiasa berwaspada dengan permainan licik Pas yang memperalat agama demi merebut kuasa politik.
“Perkukuh Islam tak semestinya kena pangkah Pas. Perangai pemimpin Pas pun jauh lebih hodoh,” selar Zainol Azmi.
“Niat yang murni tetapi dicemari dengan siasah politik yang menjatuhkan sesama sendiri dan hanya berpaksi pada perebutan kuasa dan ego para pemain politik,” kata YunusZol.
“Lebai Hadi tak perlulah nak memomokan umat Islam di Malaysia dengan mengunakan agama Islam sebgai agenda politik Pas untuk berkuasa,” ujar Rezza JB pula.
BACA JUGA Pas seru hapuskan perjuangan yang mahu pinggirkan Islam