Dialog menteri dari tiga negara ini gambaran bagaimana Asean mahu maju
Oleh DATUK NIK MOHD HASYUDEEN YUSOFF
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah memulakan bicara dengan menggariskan tindakan Asean menghadapi tarif Trump.
Prinsip utama yang akan dipertahankan ialah perdagangan bebas di antara negara, dengan mengambil kira kepentingan setiap negara.
Turut terlibat di dalam dialog ini ialah Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan Kedua Singapura serta Timbalan Menteri Kewangan Indonesia.
Mesej dari Singapura mudah sahaja: Open up, Team up, Speed up.
Timbalan Menteri Kewangan Indonesia pula berkongsi kesan tarif Trump ke atas Indonesia dan mengapa Asean menjadi lebih penting.
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga menteri yang berdialog menyatakan bahawa fokus negara masing-masing tidak berubah tetapi akan ada perubahan taktikal yang akan diambil.
Mendengar secara langsung pandangan dan idea dari pembuat-pembuat dasar ini akan membantu kita untuk melihat bagaimana Asean mahu maju ke hadapan.
*DATUK NIK MOHD HASYUDEEN YUSOFF merupakan Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
BACA JUGA Ramai lega dapat bantuan SARA, ringan beban beli barang dapur