‘Kamu tak boleh ditegur’, ulama Pas berang pemimpin parti yang hancur akhlak

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu dipercayai pemimpin parti pembangkang itu.

Bekas calon di kerusi Parlimen Padang Besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu memberitahu individu berkenaan tidak menerima teguran di luar atau melalui muktamar parti.

“Orang tegur di luar muktamar, kamu kata tegurlah melalui saluran yang betul.

“Bila orang tegur melalui muktamar, kamu melenting dengan mengatakan muktamar bukan medan menyalahkan orang. Habis tu? Apa mau kamu?

“Sebenarnya bukan soal di luar atau di dalam muktamar. Soalnya ialah kamu tak boleh ditegur,” tegasnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mokhtar seterusnya mempersoalkan sama ada jemaah parti itu hanya mendiamkan diri bersama “kehancuran akhlak dan perangai” pemimpin berkenaan.

“Habis tu nak jemaah pekakkan telinga dan butakan mata dan hancur bersama kehancuran akhlak dan perangai kamu?

Sorry… Jemaah ini bukan hak kamu. Ahli jemaah bukan khadam kamu yang mesti akur apa sahaja arahan dan kehendak kamu. Kami diajar oleh Rasul S. A. W.

“Jika kamu melihat (tahu) kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangan kamu. Jika tidak mampu ubahlah dengan lidah kamu dan jika tidak mampu ubahlah dengan hati kamu. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”.

BACA JUGA DAP lancar tabung bantu mangsa kebakaran, bukan ‘tin Milo’ bantu MP kalah saman