PSM jadikan PRK Ayer Kuning PRK tiga penjuru
PSM sah menjadikan PRK Ayer Kuning sebagai pilihan raya tiga penjuru dengan mencalonkan Bawani KS sekali lagi.
Perkara ini disahkan pada tengah hari ini menerusi majlis pengumuman calon mereka.
Bawani pernah bertanding di DUN ini semasa PRU ke 15 tetapi hilang deposit.
Ishsam Shahruddin dari BN memenangi pertandingan lima penjuru ketika itu.
BN-Umno telah pun menamakan calonnya malam tadi iaitu Dr Yusri Bakir malam tadi.
Perikatan Nasional – Pas bakal menamakan calon mereka malam ini.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.
Penamaan calon akan berlangsung pada 12 April.
Rakyat Ayer Kuning akan menentukan wakil mereka pada 26 April.