Pelbagai video persenda Trump selepas kenakan tarif baharu lebih tinggi

Pelbagai video mempersenda Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ekoran pelaksanaan tarif baharu yang lebih tinggi tersebar di media sosial.

Rata-rata video hasil suntingan itu menggambarkan suasana kilang pembuatan dengan rakyat AS sendiri sebagai tenaga buruh atau operator pengeluaran.

Malah, terdapat video janaan AI yang dikongsi di TikTok menyerupai Trump sedang ‘bekerja’ di kilang pakaian dengan tertera kapsyen, “Making America Again”.

Dalam suntingan lain pula memaparkan rakyat AS yang diidentitikan mengalami masalah obesiti sedang tekun bekerja di kilang tertera logo Tesla, Nike dan ​Apple Inc., sebuah syarikat teknologi yang beribu pejabat di Cupertino, California.

Sindiran yang kononnya menggambarkan keadaan AS pada tahun 2030 itu dikongsi TikTokers Bartolovo.

“Selepas bertembung dengan seluruh dunia, semuanya merudum… Penggal terakhir Trump berakhir dengan Tesla membuat traktor, iPhone dipasang di pusat beli-belah terbiar, dan Nike melancarkan koleksi ‘Apocalypse Athleisure’,” perlinya.

Terdahulu, penganalisis ekonomi menyifatkan tarif baharu AS yang lebih tinggi akan membantutkan pertumbuhan global, menaikkan harga, dan memburukkan lagi pengangguran.

Banyak pihak turut berpendapat tarif baharu diumumkan Trump itu bahkan memudaratkan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah secara tidak seimbang, termasuk mereka yang berada di AS.

Polisi Trump dijangka memberi kesan ketara kepada rakyat AS seperti peningkatan harga barangan pengguna memandangkan tarif yang dikenakan ke atas import dari negara seperti China, Mexico, dan Kanada akan meningkatkan kos barangan yang diimport.

Dalam masa sama, industri yang bergantung kepada import, seperti automotif dan elektronik, mungkin terpaksa mengurangkan operasi atau menutup kilang akibat peningkatan kos, yang boleh membawa kepada pemberhentian pekerja.

@bartolovo

America, 2030🗽 After clashing with the rest of the world, it’s all downhill from here. Trump’s final term ends with Tesla making tractors, iPhones assembled in abandoned malls, and Nike launching the ‘Apocalypse Athleisure’ collection. A bittersweet vision of a superpower on a coffee break ☕ #usa #makeamericagreatagain🇺🇸 #parody #trump #factory #americandream

♬ dźwiÄ™k oryginalny – Bartolovo

BACA JUGA Seluruh dunia sedang bergabung melawan dasar Amerika