Terbukti tidaklah dianaktiri, rakyat Kelantan lega projek lebuhraya KBKK hampir siap
Orang ramai terutamanya rakyat di Kelantan meluahkan rasa lega dan meluahkan rasa syukur melihat kemajuan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK).
Projek KBKK sepanjang 66.9 kilometer (km) yang sudah lama terbengkalai tersebut kini dijangka siap sepenuhnya pada 2027.
Jaminan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu susulan projek bernilai RM2.3 bilion tersebut sudah pun mencapai tahap kemajuan kira-kira 80 peratus setakat Februari lalu.
Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada kerajaan MADANI selain menyifatkan negeri Kelantan yang diterajui Pas itu tidaklah dianaktirikan oleh Putrajaya seperti kerap dicanang pemimpin pembangkang.
“Alhamdulillah. Terima kasih PMX.
“PM Anwar ada terus sambung projek.
“PMX buat apa pun, walaun tetap benci walaupun PMX beri seorang sejuta ringgit sekali pun. Dia (penyokong pembangkang) tetap akan maki PMX,” demikian antara komentar warganet.
Sebelum ini, ​Pakej 2B projek Lebuhraya KBKK melibatkan laluan sepanjang 6.2 kilometer dari Ketereh ke Kok Lanas telah lama tertangguh.

Kelewatan itu disebabkan oleh prestasi kontraktor sebelumnya yang tidak memenuhi jangkaan sehingga terpaksa projek tersebut ditender semula.
BACA JUGA Selepas kereta, kini mangsa kebakaran paip gas dapat motosikal pula