Berbeza pandangan dibenarkan, menghina tak boleh… dosa
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Terengganu Ustad Zuliadin Abdullah menegaskan bahawa umat Islam dibenarkan untuk tidak bersetuju dengan pandangan seseorang tetapi sama sekali tidak boleh menghina.
“Sepatutnya dia sebagai seorang Islam pertamanya tidak menghina orang lain yang kita tak setuju. Tak setuju boleh, menghina tak boleh.
“Dalam hadis, Nabi Muhammad saw bersabda, mencerca menghina kerja fasiq, kerja dosa.
“Yang kedua, menghina takbir Aidilfitri adalah membawa kepada kekufuran. kalauu dia bertujuan ke situ. Paling-paling tidak hukum Islam tentang itu haram.
“Sepatutnya orang-orang Islam tak kira parti mana pun mesti tahu kerja tu haram.
“Apatah lagi mereka berada dalam perjuangan Islam atas nama Islam yang menyatakan dasar perjuangan mereka Islam, Qur’an, hadis, ijmak, qias.
“Suka saya menasihati orang-orang Islam itu sendiri supaya sentiasa muhasabah diri, muhasabah fikrah Islam mereka supaya mereka bertaqwa kepada Allah SWT dan tinggal kerja kerja suka menghindari, dalam masa yang supaya negara dan rakyat hidup harmoni hormat menghormati bermaafan sesama kita.
Beliau berkata demikian dalam mengulas beberapa video yang menggunakan rakaman suara takbir Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana audionya telah disunting dan dijadikan bahan gurauan pihak yang tidak bertanggung jawab.
Sebelum ini Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Dr Zulkifli Hasan turut mengulas perkara sama.
“Bukan semua perkara perlu dibangkang; bukan semua benda boleh dijadikan bahan sindiran dan gurauan sinikal.
“Kritiklah dengan fakta jika ada perkara yang tidak dipersetujui, bicaralah dengan hujah yang benar – dan dikaji secara bersungguh,” katanya dalam satu kenyataan
Tambahnya, berbeza pandangan tidak salah namun jangan sampai menghina, mengaib dan memfitnah.
Apatah lagi mengaitkan amalan buruk tersebut dengan kesucian nama Allah serta ketinggian Islam sebagai agama yang dicintai.
“Sewaktu Takbir Raya, kita menzahirkan pengharapan agar Allah Subhanahu wa Ta’ala membantu kita semua dalam menghancurkan musuh-musuh-Nya.
“Melaungkan takbir Raya sewajarnya dilihat dari aspek penghayatan dan simbolik keindahan amalan tersebut – bukan sejauh mana kemerduan atau kelunakan suara sesiapa juga yang melakukannya.
“Bertaqwalah – kerana Allah tidak melihat selucu atau setular mana bahan kandungan yang kita muat naik ke media sosial kita – sebaliknya iman dan taqwa kita yang menjadi pengukur amalan di akhirat kelak.