Dah penggal kedua jadi MB Terengganu pun buat kalut lagi?
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar terus dihujani kecaman dan sindiran gara-gara mendakwa dia dikenakan pemantauan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh kerajaan, termasuk pintasan talian telefon.
Antaranya, TikToker Wan Hadi yang menempelak pemimpin Pas yang seolah-olah berstatus seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
“Kau ingat kau siapa? Hari ini Menteri Dalam Negeri menafikan. Tiada keperluan pun kerajaan nak intip.
“Apa benda yang kerajaan nak ambil dari kau sampai tahap nak kena intip kau?” bidasnya.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada keperluan untuk mengintip pergerakan Menteri Besar Terengganu kerana Naib Presiden Pas itu sentiasa didampingi anggota polis.
Malah, Saifuddin berkata, beliau sendiri pernah tersenarai untuk pengawasan pihak berkuasa dari tahun 2000 hingga 2004.
Mengulas lanjut, Wan Hadi berkata, TCO memang berperanan memantau semua VVIP lintas sempadan negara.
Dalam masa sama, beliau mempersoalkan dakwaan Samsuri memandangkan ahli politik itu sudah mula memegang jawatan Menteri Besar pada 10 Mei 2018.
“Demi keselamatan kau juga. Tiada kaitan politik pun. Menteri Besar lain tak kalut pun.
“Kalau kata kerajaan nak intip, memang kau sendiri tak tahu langsung.
“Kau ingat kerajaan lekeh sangat ke nak intip orang guna cara macam tu?
“Dah penggal kedua jadi Menteri Besar, takkanlah perkara macam ni pun nak buat kalut lagi?” bidasnya lagi.
BACA JUGA Dakwaan MB Terengganu tidak benar sama sekali – KPN