Perkhidmatan kecemasan di Klinik Kesihatan Tanjung Malim akan dibuka 24 jam
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengumumkan bahawa perkhidmatan kecemasan di Klinik Kesihatan Tanjung Malim akan dibuka 24 ekoran permintaan tinggi dari penduduk setempat.
“Memandangkan permintaan yang tinggi dari penduduk setempat, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa perkhidmatan kecemasan 24 jam akan dibuka semula di KK Tanjung Malim,” katanya menerusi hantaran Facebook.
Beliau turut berkata bahawa jumlah kakitangan di klinik kesihatan tersebut akan ditingkatkan dalam masa terdekat.
“Pada fasa awal ini, perkhidmatan tersebut akan dilaksanakan menggunakan kakitangan sedia ada melalui sistem tugasan panggilan luar waktu bekerja (aktif).
“Sebagai langkah penambahbaikan, penambahan kakitangan akan dipertimbangkan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
“Dengan ini, saya berharap pengoperasian semula perkhidmatan kecemasan 24 jam di klinik ini akan memudahkan masyarakat setempat mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.