PN tak payah bertanding kalau harap MB lantik pegawai khas untuk Ayer Kuning
Ketua AMANAH Perak Asmuni Awi telah bersetuju dengan kenyataan ketua pemuda PN Afnan Hamimi Taib Azamudden bahawa pembangunan di Ayer Kuning akan berjalan seperti biasa biar apa pun keputusan PRK Ayer Kuning.
“Jadi PAS tak payah bertandinglah bila kata MB akan lantik pegawai khas (jaga pembangunan), buat apa mereka tanding di situ?
“Tak perlu buang duit dan masa pengundi, dari pilih pembangkang lebih baik undi calon BN kerana lebih efektif beri sumbangan kepada rakyat,” katanya.
Exco kerajaan Mohd Zolkafly Harun pula mendakwa kenyataan Afnan membuktikan dua perkara: keberkesanan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan dua, PN tiada perancangan untuk Ayer Kuning.
“Memang wajib kekal calon BN dari kerajaan perpaduan untuk terus memberikan perkhidmatan dan pembangunan seiring dengan kerajaan yang kukuh pada hari ini di negeri Perak dan tak perlu pun wakil dari pembangkang,”
Seramai 31,987 pemilih akan siapa Adun Ayer Kuning pada 26 April.
Gabungan PH-BN telah menamakan pemimpin Umno Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai calon manakala PN mengumumkan pengerusi PN TapahAbdul Muhaimin Malek sebagai calonnya.
PSM turut bertanding dengan menengahkan timbalan setiausaha agungnya, KS Bawani.
Ayer Kuning ialah salah satu DUN di parlimen Tapah. Sebanyak 55% pengundi ialah pengundi Melayu.