Ayer Kuning akan kekal di tangan BN, tapi majoriti….
Ahli parlimen Tapah Datuk M Saravanan pasti bahawa BN akan mengekalkan DUN Ayer Kuning tetapi mengakui kesukaran untuk meningkatkan majoriti.
Kekangan terbesar ialah peratus pemilih yang keluar mengundi memandangkan kebanyakan mereka baharu sahaja kembali ke rumah selepas menyambut Aidilfitri.
“Kekangan untuk kita ialah pengundi, terutamanya pengundi tegar BN kembali bekerja setelah menyambut Aidilfitri.
“Saya tak pasti mereka akan kembali, memandangkan kos yang terlibat.
“Sebab itulah saya yakin BN akan menang, cuma majoriti belum dapat ditentukan.
“Dalam PRU lalu. BN mengekalkan Ayer Kuning dengan majoriti 2,313 undi,” kata Saravanan, lapor FMT.
Meskipun BN tidak menyasarkan jumlah majoriti, Menteri Besar Perka Datuk Saarani Mohamad berharap BN boleh menang dengan 18,000 undi.
Saravanan turut mendedahkan penerimaan gabungan PH-BN di peringkat akar umbi belum lagi di tahap memuaskan.
“Di peringkat kepimpinan, tiada masalah tetapi di peringkat akar umbi, mereka masih belum dapat bekerjasama di tahap memuaskan sebagai satu pasukan.”