Kapsul masa dah macam ‘unboxing’ tak menjadi
Oleh MUDALIB UTHMAN
Saya tonton siaran langsung kapsul masa Menara KL yang dibuka semalam dan terus rasa kosong.
30 tahun kita tunggu untuk tengok pamphlet, brochure, kad jemputan, gambar rasmi dan pen mata kristal?
Maaf cakaplah, ini bukan kapsul masa. Ini macam isi laci meja Shafiq Halim, kau kaut semua, sumbat masuk dalam tong logam dan tanam.
Kapsul masa sepatutnya jadi jendela emosi dan sejarah – bukan katalog promosi.

Saya beri contoh kapsul masa tempat lain:
1) Kapsul masa MIT (USA) tanam pada 1957, simpan surat dari ilmuwan, teknologi yang belum ada masa itu dan prediction masa depan.
2) Oglethorpe University Time Capsule di Georgia, USA, tanam kapsul 1936 dan akan dibuka tahun 8113, ya hangpa tak salah baca, tahun 8113 – ada mikrofilem, karya sastera, makanan dalam tin, surat dari penulis besar.
3) Westinghouse Time Capsule (1939)- Simpan kain nilon, berita harian, biji benih, filem, surat anak-anak kepada manusia masa depan.
Di Malaysia? Letak kad kahwin dan katalog bangunan. Aduh.
Satu lagi, saya rasa tempoh 30 tahun itu terlalu singkat. Sepatutnya korek lagi 50 atau 100 tahun.
Atau tunggu sampai semua yang tanam kapsul tu dah mati. Baru betul rasa sentimental dan penuh makna.
Sekarang, kau tengok ia macam konten “unboxing” yang tak menjadi, yang haram tak berbaloi tunggu tiga dekad.
BACA JUGA Ini bukti kalimah Islam dan tarbiah dilaung Pas hanya sembang kosong sahaja