FOTO BERITA | Rumah Terbuka Gempak Raya kukuhkan silaturahim penduduk Taman Medan

FOTO BERITA: Majlis Rumah Terbuka Gempak Raya DUN Taman Medan bersama Tuan Halimey Abu Bakar Ketua Penyelaras DUN Taman Medan merangkap Ketua Penerangan Keadilan Selangor di Dataran Anak Muda Taman Medan Selangor. 13hb April 2025 (Ahad)

Majlis Rumah Terbuka Gempak Raya DUN Taman Medan berlangsung dengan meriah hari ini di Dataran Anak Muda, Taman Medan, Selangor. Acara yang diadakan sempena sambutan Aidilfitri ini turut disiarkan secara langsung di Facebook bagi membolehkan orang ramai yang tidak dapat hadir merasai kemeriahannya.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Halimey Abu Bakar, Ketua Penyelaras DUN Taman Medan merangkap Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Hee Loy Sian Ketua PJRCabang Petaling Jaya yang turut beramah mesra dengan para hadirin dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pelbagai juadah tradisional disajikan kepada para pengunjung, selain persembahan kebudayaan dan aktiviti komuniti yang mengeratkan hubungan sesama penduduk. Kehadiran orang ramai yang membanjiri Dataran Anak Muda membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat setempat sempena bulan Syawal ini.

Majlis ini bukan sahaja meraikan Aidilfitri, tetapi turut menjadi platform memperkukuh hubungan antara kaum, pemimpin dan rakyat, sejajar dengan aspirasi DUN Taman Medan untuk terus mendekati komuniti.

Pihak penganjur iaitu Penyelaras DUN Taman Medan telah memperuntukkan juadah untuk tiga ribu tetamu yang akan hadir

Yang lebig menceritakan majlis dengan pemberian duit raya kepada janak-kanak