Berikut inisiatif kerajaan dalam menangani kesan tarif terhadap sektor agromakanan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Dasar Keterjaminan Makanan Negara telah membincangkan beberapa inisiatif keterjaminan makanan.

Ini kerana peningkatan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap sektor agro makanan.

Beberapa inisiatif yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:

(i) membangunkan industri ruminan negara bagi mencapai Kadar Sara Diri (SSR) 25% menjelang 2030;

(ii) melaksanakan reformasi bagi subsektor akuakultur menerusi penyelidikan danpembangunan (R&D) serta penggunaan teknologi moden;

(iii) mengintegrasikan Malaysian Food Composition Database (MyFCD) sebagai komponen strategik dalam dasar keterjaminan makanan negara (dimensi kepenggunaan) di bawah RMKe-13 ; dan

(iv) memaklumkan mengenai Pelaksanaan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan 2024-2030.

BACA JUGA: Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan PN tidak berfungsi secara bersamakah?